21 Jun 2022


Description: 

KURSUS KESELAMATAN PERLINDUNGAN SPK HPTP 2022
 
PAGOH, 21 Jun 2022 – Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah menganjurkan Kursus Keselamatan Perlindungan SPK HPTP 2022 yang diadakan pada 21 dan 22 Jun 2022 bertempat di Dewan Auditorium 2, SPK HPTP. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dasar, prosedur dan arahan berkaitan keselamatan perlindungan. Seramai 50 orang peserta termasuk pegawai dan staf SPK HPTP menyertai kursus yang diadakan selama dua hari ini. Turut serta juga pegawai daripada Bahagian Pembangunan (BP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan wakil-wakil keselamatan dari Universiti Awam/Politeknik di HPTP. Kursus Keselamatan Perlindungan telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Nurul Farhana binti Abdul Rasid, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan dan Encik Mohd Khazrul Azli bin Mohd Saat Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) CGSO Negeri JOHOR yang masing-masing mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan perlindungan dan pengurusan keselamatan rahsia rasmi.
 
Pihak Pengurusan SPK HPTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menyertai Kursus Keselamatan Perlindungan pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan dan Pejabat CGSO Negeri Johor kerana memberi kerjasama dalam menjayakan kursus pada kali ini. Diharap kursus sebegini dapat terus dilaksanakan agar warga kerja HPTP dapat meningkatkan prestasi dalam menjalankan tugas harian dengan lebih cekap dan berkesan.

 

Share it now!