28 Ogos 2022


Description: 

MAJLIS SANJUNGAN BUDI PEGAWAI SPK HPTP

PAGOH, 28 Ogos 2022 – Pejabat Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh telah menganjurkan satu Majlis Sanjung Budi kepada mantan Timbalan Pengarah SPKHPTP, YBrs. Dr. Siti Zubaidah binti Hj Abu Bakar di Dewan Sebaguna HPTP, pagi tadi. Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghormatan dan penghargaan kepada beliau yang telah berkhidmat di Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) selama 2 tahun. Turut diraikan bersama adalah En Muhammad Hadziq Fitri bin Zakaria, bekas Juruteknik Awam daripada Unit Teknikal SPKHPTP.
 
Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dengan bacaan doa dan diiring ucapan aluan daripada Pengarah SPK HPTP kemudian disusuli dengan ucapan perpisahan daripada yang diraikan pada majlis berkenaan. Kemeriahan majlis disambung dengan tayangan montaj dan penyampaian hadiah serta cenderahati daripada unit-unit SPK HPTP. Acara diakhiri dengan pemberian bunga ros sebagai simbolik penghargaan kasih sayang atas jasa dan khidmat kepada mantan Timbalan Pengarah oleh setiap pegawai dan staf SPKHPTP.
 
Pihak Pengurusan serta Warga Kerja HPTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Siti Zubaidah binti Hj Abu Bakar serta En. Muhammad Hadziq bin Zakaria diatas sumbangan dan dedikasi semasa berkhidmat di SPKHPTP. Semoga mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang dilaksanakan.

 

Share it now!