29 Mac 2022


Description: 

PROGRAM SAMBUTAN HARI HAK-HAK PENGGUNA SEDUNIA 2022

PAGOH, 29 Mac 2022 - Unit Sumber Maklumat dan Rujukan SPKHPTP dengan kerjasama KPDNHEP telah menganjurkan Program Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2022 yang bertemakan "Fair Digital Finance". Ia menumpukan kepada kesaksamaan dan perlindungan dalam aktiviti kewangan secara atas talian. Bagi merancakkan pengisian program, beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti taklimat hak-hak pengguna, menyusun puzzle berbentuk logo KPDNHEP dan kuiz berkaitan KPDNHEP dan kepenggunaan. Dengan adanya program ini KPDNHEP berharap warga HPTP turut serta bersama arus teknologi digital dan seterusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kepenggunaan digital terutama dari sudut keselamatan dan perlindungan daripada ancaman scam, penipuan, penggodam dan sebagainya.
Share it now!