9 Jun 2022


Description: 

KEMPEN DERMA DARAH SPK HPTP 2022

PAGOH, 9 Jun 2022 – Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah menganjurkan Program Kempen Derma Darah SPK HPTP 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang di Bangunan Perpustakaan Gunasama HPTP. Program dianjurkan dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah) Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar yang merupakan acara tahunan di HPTP. Tujuan utama program adalah untuk memberi peluang kepada warga HPTP menderma darah dan juga membantu pihak hospital meningkatkan tabungan darah bagi pesakit yang memerlukan bantuan. Seramai hampir 60 orang warga HPTP menyertai kempen derma darah pada kali ini.

Pihak Pengurusan SPK HPTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga HPTP yang telah menderma darah pada Program Kempen Derma Darah SPK HPTP 2022. Terima kasih juga diucapkan kepada Tabung Darah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar - Rasmi kerana bersama-sama menjayakan program derma darah pada kali ini. Diharap program sebegini perlu diteruskan secara konsisten agar semua warga HPTP dapat menderma darah dan melihatnya sebagai tanggungjawab sosial yang murni demi kesejahteraan bersama.

 

Share it now!