13 Januari 2022


Description: 

PROGRAM SUKARELAWAN PEMBERSIHAN PASCA BANJIR BERSEPADU JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (JPBHPTP) SIRI 2/2022

Selari dengan arahan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menggerak kerja-kerja kesukarelawanan pasca banjir, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (JPBHPTP) telah menganjurkan Program Sukarelawan Pembersihan Pasca Banjir JPBHPTP Bersepadu Siri 2/2022. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga HPTP bagi melakukan kerja kesukarelawanan dan khidmat masyarakat sebagai satu langkah memupuk semangat kerjasama antara insan dan hubungan akrab komuniti setempat.

Program ini telah disertai seramai 64 orang sukarelawan daripada Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Penglibatan adalah seperti berikut:
    • 10 orang staf SPK HPTP
    • 53 orang staf UTHM
    • peminjaman aset dua (2) buah pacuan empat roda Sime Darby Property Selatan SDPS

Program ini telah dijalankan di Kampung Melayu Panchor Muar, Johor yang terjejas akibat bencana banjir pada 8 hingga 12 Januari 2022 yang lalu dan sebanyak empat (4) buah rumah berjaya dibersihkan pada program kali ini.

Pergerakan bertolak ke Kampung Melayu Panchor telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki bin Mustafa, Provost UTHM Pagoh dan YBrs. Dr Siti Zubaidah binti Abu Bakar, Timbalan Pengarah SPK HPTP. Pergerakan menaiki 2 (dua) buah bas daripada UTHM, diikuti 8 (lapan) buah pacuan empat roda UTHM dan diiringi 2 (dua) buah Ford Ranger Single Cab milik SDPS.

Share it now!