14 April 2022


Description: 

PROGRAM KHATAM AL-QURAN

PAGOH, 14 April 2022 – Kumpulan Rekreasi & Ekonomi Seksyen Projek Khas (KRESPK) telah menganjurkan Majlis Penutupan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) Tahun 2022/1443H. Program ini bertujuan untuk meneruskan budaya mencintai Al-Quran di kalangan warga kerja SPK HPTP. Bulan Ramadhan ini juga menjadi titik permulaan melatih warga kerja SPK HPTP untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan di dalam Al-Quran. Selain itu, program ini juga dapat memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran di kalangan warga kerja SPK HPTP.

KRESPK mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Pengarah, Pegawai serta Kakitangan SPK HPTP kerana menjayakan program yang mulia ini. Diharap program sebegini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.
Share it now!