22 Mac 2022


Description: 

PAGOH, 22 Mac 2022 – Pihak SPK HPTP mengalukan kehadiran Setiausaha Bahagian Pembangunan (BP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) bagi suatu sesi mesyuarat dan lawatan tapak. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan BP, KPT, wakil-wakil universiti, pihak Sime Darby Property Sdn. Bhd (SDPS) dan Bandar Universiti Pagoh (BUP). Puan SUB juga berkesempatan merasmikan jambatan yang menghubungkan Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) dan Kemudahan Gunasama sumbangan SDPS.

Pihak Pengurusan SPK HPTP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan SUB, kerana sudi melapangkan masa mempengerusikan mesyuarat dan lawatan tapak ke HPTP.
Share it now!