24 April 2022


Description: 

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT

PAGOH, 24 April 2022 - Program Jom Membaca 10 minit telah dianjurkan oleh Perpustakaan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dengan kerjasama UTM, UIAM, UTHM dan PTSN. Program kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama semua sektor perpustakaan di seluruh negara ini bertujuan untuk meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Program ini diadakan secara atas talian dan peserta mengisi penyertaan pada pautan yang telah disediakan.

Program yang diadakan pada setiap tahun ini telah berjaya menarik minat ramai warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Penerapan budaya membaca ini diharap dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.
Share it now!