27 April 2022


Description: 

KELAB REKREASI DAN UKHUWAH UTM PAGOH KE TABIKA PERPADUAN CELIK ILMU

PAGOH, 27 April 2022 - Tabika Perpaduan Celik Ilmu di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) telah menerima kunjungan daripada Kelab Rekreasi Dan Ukhwah UTM PAGOH sekitar jam 10.00 pagi bagi menyampaikan buah tangan dan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar tabika berkenaan.

Kesudian pihak Kelab Rekreasi dan Ukhwah UTM Kampus Pagoh melapangkan masa hadir ke Tabika Perpaduan Celik Ilmu telah memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada para pelajar menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba kelak.

Pihak Pengurusan SPK HPTP mengucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Rekreasi dan Ukhwah UTM Kampus Pagoh diatas sumbangan ikhlas kepada pelajar-pelajar tabika.
Share it now!