9 Mei 2022


Description: 

LAWATAN KSU KPT

PAGOH, 9 Mei 2022 – Pihak SPK HPTP mengalu-alukan kunjungan YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) bagi mempengerusikan suatu sesi mesyuarat dan lawatan kerja. Turut sama adalah Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan YBrs Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Puan Azlinda binti Azman, pegawai-pegawai kanan dan wakil universiti yang terlibat serta pihak Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd. Dato’ Seri KSU juga berkesempatan melawat sekitar Kemudahan Gunasama, universiti dan politeknik di HPTP serta kawasan asrama. Selain itu, beliau juga meluangkan masa menghadiri Jamuan Hari Raya SPK HPTP anjuran SPK HPTP dan Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd (SDPS) serta beramah mesra bersama warga kerja SPK HPTP.

Pihak Pengurusan SPK HPTP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri KSU, KPT kerana sudi melapangkan masa mempengerusikan mesyuarat serta melawat Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Share it now!